KeBIRU SMKPB

Kelab Bilik Guru SMKPB

Tuesday, November 30, 2010

Tazkirah-Tanda-tanda sebelum mati

TANDA PERTAMA

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya.
Semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar . Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.

Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.


TANDA 40 HARI

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.

Akan terjadi Malaikat Maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.


TANDA 7 HARI


Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.


TANDA 3 HARI


Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.

Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.


TANDA 1 HARI

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.


TANDA AKHIR

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula. 

Sumber: Perkongsian Ilmu Menuju Ke Alam Akhirat


Monday, November 22, 2010

GOOD LUCK sayang.....!

All of us at Kebiru would like to wish all SPM and STPM 2010 candidates good luck for the upcoming battle.

Wishing All The Readers Who are SPM/STPM 2010 Candidates Good Luck

Our aim is to ensure that students will be able to ace your exams with flying colours.

Just remember a few points:
  1. Do plan to arrive early in the examination centre.
  2. Check all your stationery before leaving home.
  3. Sleep well the night before.
  4. Feeling a little anxious is very normal, but too much of it will be counter-productive.
  5. At this stage, don’t panic and just ‘enjoy’ the process.
So best of luck to all Malaysian STPM and SPM 2010 candidates.

Terima kasih sahabat....

Thank you for simply being there
On a cloudy day, on a sunny day
Thank you for sharing your joice and pain with me
For showing me that i'm so special
That my contribution count to our friendship
I have grown as a person
And i hope you have too

Thank you...
Thank you..
Thank you..
Just for you

Thank you for simply being my friend
For the special memories
We shared together now
For the neverending support you always give me
Oh friend...oh...

I will always love you
I can't tell how much that you meant to me
I pray for our everlasting friendship
Never ever say goodbye to yesterday
Cause yesterday was so special and wonderful
And i hope tomorrow will be better
Thank you for everything

Thank you for simply being there
On a cloudy day, on a sunny day
Thank you for sharing your joice and pain with me
For showing me that i'm so special
That my contribution count to our friendship
I have grown as a person
And i hope you have too..
Oh friend

Thank you...
Thank you..
Thank you..
Just for you

Thank you...
Thank you..
Thank you..
Just for you

Thank you...
Thank you..
Thank you..
Just for you

Thank you

Song by Mirwana

or Thank You friend


KeBIRU dengan rasa sedihnya nak melepaskan 4 orang sahabat yang akan meninggalkan SMK Pekan Baru.Huhuhuhhuhu......Sedihnya....Thanks sebab dah banyak berbakti pada sekolah.Jangan lupakan kami ye....

KeBIRU doakan kalian semua, Cikgu Ikin(Gambar atas sekali), Ustazah Hafizah(Gambar Kedua), Linda dan Kak Mun, berjaya walau dimana kalian berada....Kami rindu kamu....

Sunday, November 21, 2010

Happy Holiday semua....

Salam kawan2.....Jumaat aritu dah last dah sesi persekolahan untuk tahun 2010.Maka bermula lah cuti sekolah....bestnya yang dapat bercuti....

Bagi staff dan cikgu2 yang jaga SPM, relax suda....ok?Kena lah keje ngan ikhlasnyaye...

Yang paling penting....bulan depan jumper lagi.....28 hb Disember  dah start miting....check it out guy...

KARNIVAL SUKAN 1MALAYSIA plak dah....

Pada seminggu sebelum cuti, SMKPB telah dimeriahkan dengan KARNIVAL SUKAN 1MALAYSIA. ada beberapa acara sukan yang dipertandingkan.Antaranya Bola Baling, Bola Jaring, Futsal, dan Petanque. Dengar citer aktiviti ni bertujuan nak bagi setiap orang pelajar ada 1 game yang disertai....tapi yang bestnya asyik-asyik muka tu gak. Poyo tol muka atlit yang masuk tu... dia je yang masuk.bagi la chance pada orang lain...Tapi ada ke yang nak masuk....


Apapun....dengan kejasama dari semua....terutamanya bos GPK Ko-ko yang dah bagi sokongan yang baik, dapatlah kita tgk program ni berjaya dijalankan. KeBIRU ucapkan terima kasih pada cikgu2 yang terlibat....tak kira la sebagai penyelaras ke, pengadil, tak pun jurulatih-jurulatih merangkap pengurus pasukan. Kat sini la kita dapat tengok semua pengurus pasukan sebenarnya boleh melatih apa jua permainan....TAHNIAH KeBIRU ucapkan kepada semua!!! Korang memeang best

HARI KELUARGA KeBIRU 2010


Hari Keluarga KEBIRU SMK Pekan Baru Muar merupakan suatu program yang julung-julung kali diadakan untuk warga kakitangan sekolah yang dilihatkan telah bertungkus lumus di sepanjang tahun 2010 ini. Objektif utama program ini diadakan adalah untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara kakitangan sekolah agar dengan terbentuknya ukhuwah yang baik diharapkan dapat mengunjurkan kepada suatu semangat berpasukan yang jitu. Seterusnya memantapkan lagi  keharmonian dan menjadikan SMK Pekan Baru sebagai sebuah sekolah yang disegani dari segi pencapaian akademik, ko kurikulum serta displinnya. Keseluruhannya, program ini bermatlamat untuk melahirkan semangat “sense of belongingness” atau semangat kekitaan dalam menjalankan kerja secara berkumpulan untuk nama baik sekolah khasnya. Justeru, pertemuan seluruh keluarga di Wet World Batu Pahat ini menjadi pemangkin untuk semangat baru menjelang tahun akademik yang baru 2011 nanti.

Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda:
"Tiada dosa yang lebih layak untuk disegerakan oleh Allah s.w.t. seksanya didunia disamping apa yang disediakan kelak diakhirat daripada aniaya dan memutuskan hubungan kekeluargaan"
(Riwayat Al-Tarmizi & Ibn Majah dari Abu Bakar Al-Siddiq r.a.)

 Inilah Cikgu yang dapat banyak hadiah....ngelat ek?












Antara keluarga paling awal sampai....sian dia kena tunggu lama...hahahaha.....










lagi gambar di:
http://www.facebook.com/album.php?aid=54305&id=1673391531&l=61f71a35cf

Wednesday, November 17, 2010

Selamat bertemu kawan-Kawan.....!

Salam kawan-kawan...bertemu kita di blog kebiru SMKPB.


      KeBIRU atau nama lengkapnya Kelab Bilik Guru dan Staff merupakan sebuah kelab khas yang ditubuhkan oleh gabungan kakitangan di SMK Pekan Baru Muar dengan objektif untuk memantapkan kebajikan guru dan kakitangan sekolah. Diterajui oleh kepimpinan baru sesi 2010/2012, diharapkan segala misi dan visi dapat disempurnakan dengan jayanya. Justeru, KEBIRU sesi 2010/2012 mengharapkan sokongan daripada semua guru dan kakitangan, agar sama-sama dapat merealisasikan keharmonian aktiviti-aktiviti untuk tahun 2011 seperti Hari Guru 2011, Jamuan Perpisahan, Jamuan Hari Raya dan sebagainya.